Sunday, February 07, 2016

(11 GAMBAR) TEMA RONA BIRU YANG SENSASI MENJADI PILIHAN MAJLIS RESEPSI AKIM DAN STACY

Kemeriahan Majlis Resepsi Pengantin  Sensasi  ketika ini diteruskan lagi hari ini dengan tema yang sangat Meletop dan Meriah iaitu Rona Biru

Majlis resepsi pasangan pengantin, Akim Ahmad dan Stacy berlangsung meriah dengan tema biru di Hotel Shangri La Tanjung Aru.


Sejurus disambut dengan bacaan selawat, pasangan bintang Akademi Fantasia (AF) itu diraikan dengan persembahan pembukaan oleh teman rapat Akim Iaitu Hazama yang mendendangkan lagu Sampai Mati.

Stacy anggun menggayakan busana biru diraja rekaan Raffiey Nasir. Akim pula tampak segak dengan persalinan yang direka khas oleh Taufik Nong.

Rakan artis seperti Hafiz Suip, Marsha, Faizul Sany, Velvet, Rich Estranged dan ramai lagi turut hadir bagi meraikan pasangan merpati dua sejoli itu.

Kemeriahan Perkahwinan pasangan ini menjadi sangat meletop dan viral di media sosial ketika ini memandangkan mereka berdua merupakan antara penyanyi yang paling hot ketika ini. Semoga kekal Bahagia hingga ke hujung Nyawa.

JOM Saksikan Foto-Foto Menarik Majlis Resepsi Akim Stacy Dengan tema Rona Biru.










RELATED POST


>   (7 Gambar) Majlis Perkahwinan Akim Dan Stacy Jadi Tumpuan
>   AKIM Terjatuh Kali Kedua Ketika Lihat Wajah Stacy di Majlis Perkahwinannya
>    Akim Luah Hasrat Terpendam Menjelang Perkahwinan Dengan Stacy
>    Syamel Berazam Untuk Berubah Bagi Menjaga Imejnya

(11 GAMBAR) TEMA RONA BIRU YANG SENSASI MENJADI PILIHAN MAJLIS RESEPSI AKIM DAN STACY Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment