Friday, February 05, 2016

(7 Gambar) Kemeriahan Majlis Perkahwinan Akim Dan Stacy

Akim Dan Stacy Telah SAH Bergelar Suami Isteri. Akhirnya dua penyanyi tersohor tanahair telah selamat disatukan setelah melalui pelbagai cerita sensasi mengenai hubungannya.

Penyanyi Akim Ahmad selamat bergelar suami kepada Stacy dengan dua kali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu Sabah kira-kira pukul 10.15 pagi Jumaat.


Akim menyarungkan cincin di jari manis Stacy selepas akad nikah. Majlis diadakan di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu Sabah pada 5 Februari 2015. Dengan dua kali lafaz, Akim sah bergelar suami kepada Stacy. FOTO: Astro


Akim atau nama sebenarnya Afiq Akim Ahmad, 25, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 sementara wang hantaran tidak dinyatakan.

Akim dan Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, dinikahkan oleh jurunikah dari Jabatan Agama Islam Sabah iaitu Matlin Dimin.

Stacy berwalikan abangnya iaitu Mohd Adam Hakimi Adam.

Majlis resepsi di rumah pengantin lelaki akan diadakan di Johor Baru pada 26 Februari ini.

Sementara itu, Akim menerusi laman Instagram Hlive mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminatnya yang mengucahkan tahniah kepada mereka berdua.

"Terima kasih kepada yang mendoakan perjalanan pernikahan kami dan saya doakan anda sentiasa sihat dan dirahmati," ujarnya.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 26 September 2015 dalam sebuah majlis di Kuala Lumpur.

Stacy memeluk Islam di pejabat Agama Islam, Johor Baru, Johor pada 24 Ogos 2015.


Penyanyi Akim Ahmad selamat bergelar suami kepada Stacy dengan dua kali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu Sabah pada 5 Februari 2015. Dengan dua kali lafaz, Akim sah bergelar suami kepada Stacy. FOTO: Astro


Stacy kelihatan cantik dengan busana putih gading pada majlis bersejarahnya bergelar isteri kepada Akim. FOTO: Astro.



Pihak lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada pengantin perempuan. Akim dan Stacy sah bernikah dengan dua kali lafaz dalam satu majlis di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu Sabah pada 5 Februari 2015. FOTO: Astro


Pasangan pengantin bersama keluarga sebelah perempuan bergambar selepas majlis akad nikah. Turut kelihatan anak angkat Stacy yang dipangku Akim iaitu Bell Deluna Valentina (4 tahun). FOTO: Astro 


Pasangan pengantin bersama keluarga lelaki yang datang dari Johor.


Akim dan Stacy selemat bergelar suami-isteri dengan dua kali lafaz pada 5 Februari 2016 dalam satu majlis akad nikah di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu Sabah. Doakan mereka bahagian ke akhir hayat. FOTO: Astro


(7 Gambar) Kemeriahan Majlis Perkahwinan Akim Dan Stacy Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment