Thursday, February 11, 2016

Adam Corrie Mengadakan Program dan Forum Untuk Kutip Dana Demi Agama

Adam Corrie Mengadakan Program dan Forum Untuk Kutip Dana Demi Agama. Merupakan seorang selebriti Muallaf yang telah diberi taufiq dan hidayah oleh Allah dan akhirnya telah memeluk Islam.

Beliau terus istiqamah dalam perjuangannya setelah memeluk Islam pabila dia dan  isterinya Fazema Mohd. Fuad terpaksa mengadakan program dan forum dari masjid ke masjid sebagai alternatif untuk mengumpul dana dalam usaha membawa golongan mualaf menunaikan umrah.


Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah, 48, berkata, perkara tersebut dilakukan untuk mengumpul sebanyak RM380,000 bagi kos perbelanjaan 40 orang mualaf untuk berangkat ke Mekah pada 8 Mac depan.

"Alhamdulillah kita sudah mula projek ini sejak bulan Jun tahun lalu dan setakat ini kami sudah kumpul RM100,000 menerusi sumbangan orang perseorangan dan wang yang di kumpul dari tabung dana yang diedar selepas forum-forum di beberapa buah masjid.

"Tapi itulah, memang belum mencukupi lagi tapi saya masih ikhtiar dan yakin bahawa Allah akan beri rezeki itu bila tiba masanya nanti," ujarnya kepada mStar Online.

Katanya, seperti tahun sebelum ini, ujian utama mereka apabila beberapa pihak yang pada awalnya bersedia untuk menghulurkan penajaan menarik diri dan gagal dihubungi.

Perkara tersebut membuatkan kesihatannya dan isteri terjejas memikirkan bagaimana mencari jalan mendapatkan dana tersebut.

"Mula-mula memang ramai yang berjanji ingin bantu daripada segi sumbangan dana dan bila tiba masanya saya cuba hubungi gagal dan mereka matikan talian telefon.

"Ada juga yang cuba mengelak apabila saya bertanya semula tentang janji mereka untuk sumbangan itu. Saya pun tidak mahu memaksa mereka beri sumbangan kerana biarlah ia dibuat secara ikhlas dan untuk ibadah.

"Saya dan isteri pun sekarang demam kerana sejak memulakan program ini kami tidak cukup tidur kerana fikirkan tentang dana yang perlu dicari," ujarnya.

Selain itu, 40 orang jemaah yang bakal mengikut rombongan umrah tersebut terdiri daripada mualaf yang melepasi sesi temuduga yang dianjurkan.

Katanya, kali ini dia lebih mementingkan tahap ilmu agama individu tersebut sebelum membawa mereka menunaikan umrah.

"Saya adakan temuduga bagi mencari 40 orang jemaah ini kerana saya mahu mereka semua sudah boleh sembahyang dan sudah menghafaz beberapa surah.

"Ini kerana tujuan utama membawa mereka adalah untuk menguatkan akidah dan bukan untuk melancong," ujarnya.

Sementara itu, Adam berkata, dia juga bakal mengadakan satu sidang media berkaitan program tersebut pada 13 Februari ini di Warisan Baiduri Dewan Perdana Indera, Taman Melewar Indah, Gombak.

Kita harapkan semoga usaha dan tindakan yang telah dilakukan oleh Adam Corrie diberkati dan dirahmati oleh Allah dan akhirnya berjaya mencapai matlamat iaitu  untuk membawa  Muallaf bagi menunaikan ibadat umrah. Semoga perbuatan Adam akan menjadi contoh kepada orang lain agar sentiasa memberi bantuan kepada insan yang memerlukan dengan ikhlas dan jujur tanpa mengharapkan ujian dari manusia.


LAGI ARTIKEL MENARIK

> Belum Sempat Rasa Sentuhan Air Tangan Isteri : Mila Jirin
>  Ziana Zain Terpaksa Dapatkan Rawatan Di Hospital Gara-gara hilang Suara
>  Shaheizy Sam Pengsan Dimajlis Penikahannya
>  Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Telah Selamat Diijabkabulkan
>  Atu Zero Telah Selamat Melangsungkan pernikahan dengan Shafeeqa
>  (Gambar) Majlis Pertunangan SAMTILLA berlangsung Meriah
>  Majlis Pre-Wedding Shahrol Shiro Jadi Tumpuan Peminat


Adam Corrie Mengadakan Program dan Forum Untuk Kutip Dana Demi Agama Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment