Thursday, February 11, 2016

Belum Sempat Rasa Air Tangan Isteri Semenjak Berkahwin

Penyanyi mila kini melalui fasa hidup berumahtangga setelah melangsungkan perkahwinan hampir tiga bulan yang lalu namun dia mendedahkan bahawa dia belum berkesempatan menyediakan makanan daripada air tangannya sendiri untuk suami walaupun sudah tiga bulan dia mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Ailis Mohamed Mustapha.

Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin, 29, berkata, perkara itu berpunca disebabkan kesibukan mereka menguruskan hal berkaitan perniagaan restoran dan katering yang semakin berkembang.


"Saya belum berkesempatan lagi memasak untuk suami sejak berkahwin kerana kami sibuk dengan urusan bisnes katering yang diusahakan bersama.

"Nasib baik dia memahami dan tidak kisah makan di luar, lagi pula, kami keluar menguruskan urusan bisnes tersebut bersama-sama," ujarnya kepada mStar Online.

Mila berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kehidupannya selepas beberapa bulan bernikah.

Juara program Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu dan suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, 37, selamat bernikah pada 11 November 2015.

Sementara itu, Mila berkata, kehidupannya kini berubah dan lebih bahagia kerana mempunyai teman iaitu suami untuk menguruskan perniagaan tersebut.

Katanya, perniagaan Bizmilla Catering yang diusahakan sejak tiga tahun lalu semakin berkembang dan mereka bakal melancarkan dewan perkahwinan ketiga mereka di hotel One City, dekat sini, pada April depan.

"Sekarang hidup lebih tenang kerana sentiasa disisi suami dan tidak risau kalau mesyuarat hingga larut malam sekalipun.

"Selain itu, rezeki lepas kahwin pun memberangsangkan, perniagaan katering dan perancang perkahwinan yang kami usahakan semakin mendapat sambutan dan dalam perancangan untuk menambah beberapa dewan perkahwinan lagi," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang perancangan cahaya mata, Mila berkata, dia sudah bersedia jika dikurniakan zuriat dalam masa terdekat.

Katanya, perkara tersebut merupakan idaman setiap wanita yang mahukan sebuah keluarga yang sempurna.

"Buat masa ini saya belum lagi berisi, kalau boleh saya ingin anak segera dan sudah bersedia kerana usia saya pun sudah masuk 29 tahun.

"Cuma belum ada rezeki lagi, Insya-Allah, minta doa peminat-peminat agar diberi rezeki itu secapatnya," ujar Mila.

Kita doakan semoga rumahtangga Mila kekal bahagia hingga ke Jannah dan dipercepat oleh Allah Taala untuk  mendapatkan cahaya mata.

LAGI ARTIKEL MENARIK

>  Ziana Zain Terpaksa Dapatkan Rawatan Di Hospital Gara-gara hilang Suara
>  Shaheizy Sam Pengsan Dimajlis Penikahannya
>  Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Telah Selamat Diijabkabulkan
>  Atu Zero Telah Selamat Melangsungkan pernikahan dengan Shafeeqa
>  (Gambar) Majlis Pertunangan SAMTILLA berlangsung Meriah
>  Majlis Pre-Wedding Shahrol Shiro Jadi Tumpuan Peminat

Belum Sempat Rasa Air Tangan Isteri Semenjak Berkahwin Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment