Wednesday, February 10, 2016

Hampir Hilang Suara Ziana Zain Terpaksa Menerima Rawatan Dihospital

Ziana Zain merupakan antara penyanyi popular satu ketika dulu, mempunyai suara yang sangat merdu dan tinggi menjadikan namanya sebaris dengan penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza.

Kini Penyanyi Ziana Zain terkilan tidak dapat beraksi pada peringkat final program Seiras Seirama yang berlangsung pada Ahad lalu akibat mengalami sakit tekak dan demam.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 48, berkata, dia sepatutnya berduet dengan Mas Idayu pada segmen persembahan ikon program berkenaan namun kesihatannya yang terganggu sejak dua minggu lalu membantutkan hasrat tersebut.

"Rasa ralat sangat apabila tengok rakan-rakan lain mengadakan persembahan untuk peminat dan saya hanya dapat tengok sahaja.

"Tetapi hendak buat macam mana keadaan kesihatan tidak mengizinkan dan suara saya pun tersekat-sekat dan serak akibat demam," katanya kepada mStar Online.

Pada program berkenaan peserta yang mirip dengan suara Ziana iaitu Azlina Aziz muncul sebagai juara Seiras Seirama.

Dengan kemenangan itu, peserta dari Negeri Sembilan itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000.


Dalam pada itu, Ziana berkata, dia tidak berasa tertekan apabila suaranya hampir hilang akibat demam dan menjelaskan sudah mendapatkan rawatan di hospital.

Jelas Ziana, doktor mengesahkan keadaannya tidak membimbangkan selain ia tidak memudaratkan dan perlu mendapatkan rehat secukupnya untuk segera pulih seperti biasa.

"Asalnya demam sahaja tetapi biasalah ia membawa kepada selesema, batuk dan sakit tekak. Doktor juga beritahu tidak perlu bimbang dan perlu berehat," katanya.

Sementara itu, Ziana berkata, dia bernasib baik kerana sepanjang bulan ini dia tidak mengambil sebarang tawaran nyanyian kerana ingin memberi fokus kepada tugas sebagai juri program Maharaja Lawak Mega 2016.


"Masa minggu pertama MLM lagi ada yang sudah tegur kenapa dengan suara saya dan ketika itu saya memang tengah demam.

"Nasib baik bulan ini tidak ambil tawaran nyanyian dan berharap semua mendoakan kesihatan saya segera sembuh selepas ini," ujarnya.

Somoga Ziana Zain Kembali pulih seperti sedia kala dan dapat mengembalikan semula key suaranya seperti biasa.


LAGI ARTIKEL MENARIK

>  Shaheizy Sam Pengsan Dimajlis Penikahannya
>  Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Telah Selamat Diijabkabulkan
>  Atu Zero Telah Selamat Melangsungkan pernikahan dengan Shafeeqa
>  (Gambar) Majlis Pertunangan SAMTILLA berlangsung Meriah
>  Majlis Pre-Wedding Shahrol Shiro Jadi Tumpuan Peminat
>  Majlis Resepsi Akim-Stacy Gempak Dengan Tema The Blues !!
>  Akim Terjatuh Ketika Melihat Wajah Stacy Di Majlis Pernikahannya
>  Gambar Menarik Sekitar Majlis Perkahwinan Akim-Stac

Hampir Hilang Suara Ziana Zain Terpaksa Menerima Rawatan Dihospital Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment