Sunday, February 07, 2016

Putrajaya tunggu jawapan diskusi ilmiah Daripada Dr Asri dan Ustaz Zamihan

Berhubung dengan Program Diskusi ILmu yang sedang hangat diperkatakan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan supaya diadakan satu program perbincangan ilmiah mengenai isu perbezaan fahaman agama.

Beliau berkata ia bagi memberi input yang jelas kepada semua pihak agar tidak keliru dengan kenyataan berkaitan fahaman agama yang sering dilontarkan di media sosial mahupun ceramah di dalam majlis ilmu.


“Saya sudah cadangkan wacana ilmu berhubung isu ini pada Rabu depan. Saya amat berharap Presiden Aswaja (Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia) Ustaz Zamihan Mat Zain menerima tarikh tersebut dan menjadi ahli panel pada diskusi itu nanti bersama-sama dengan Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Shahidan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan dikeluarkan Zamihan yang mendakwa Mohd Asri telah menfitnahnya sebagai pelampau agama yang mencerca individu lain disebabkan perbezaan pandangan dalam Islam.

Beliau berkata sebagai penganjur wacana itu, surat undangan sebagai ahli panel program berkenaan telah dihantar kepada kedua-dua pihak dan dicadangkan diadakan di Auditorium Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Shahidan berkata pihaknya sedang menunggu jawapan kedua-dua pihak sama ada bersetuju atau tidak untuk hadir pada program wacana itu.

Semoga Wacana ini dapat berjalan lancar dan berlangsung dengan penuh berhemah bagi merungkai segala masalah dan persoalan yang timbul dalam agama agar tidak mengelirukan Mayarakat.

Sumber: Therakyatpost

RELATED POST

>   Penawar Duka Pengubat Sengsara
>   Bahaya Israiliyyat Boleh Mencemar Agama
>   Rintihan Derita Insan
>   Kemanisan Dalam Ujian
>   Penawar Duka Pengubat Sengsara

Putrajaya tunggu jawapan diskusi ilmiah Daripada Dr Asri dan Ustaz Zamihan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment