Monday, February 08, 2016

(8 Gambar) Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Bertunang

Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Bertunang. Setelah melaui pelbagai cerita menarik dan sensasi serta liputan meluas mengenai hubungan mereka di Laman-laman Sosial dan akhbar tempatan kini mereka telah diikat dengan tali pertunangan hari ini.

Sehari sebelum majlis akad nikah, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin selamat mengikat tali pertunangan.


Majlis pertunangan yang berlangsung secara tertutup di kediaman keluarga Syatilla bermula kira-kira jam 9 malam tadi dan hanya dihadiri ahli keluarga dan saudara terdekat kedua-dua keluarga.

Syatilla anggun mengenakan busana berwarna rona merah bata, manakala Shaheizy segak mengenakan baju kurta warna sedondon.

Keluarga Syatilla diwakili abang iparnya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, manakala keluarga Shaheizy diwakili bapa saudaranya, Muhammad Abdul Hamid.

Semoga majlis pernikahan mereka berjalan lancar  pada jam 9 malam esok dengan penuh meriah  dan sesuai dengan status dirinya sebagai pelakon popular tanahair.

Disini OM ingin kongsikan beberapa keping foto menarik majlis pertunangan mereka.









RELATED POST

>  Majlis Pre-Wedding Shahrol Shiro Jadi Tumpuan Peminat
>  Majlis Resepsi Akim-Stacy Gempak Dengan Tema The Blues !!
>  Akim Terjatuh Ketika Melihat Wajah Stacy Di Majlis Pernikahannya
>  Gambar Menarik Sekitar Majlis Perkahwinan Akim-Stacy

(8 Gambar) Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Bertunang Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment