Monday, February 08, 2016

Shahiezy Sam Dan Syatilla Melvin SAH Bergelar Suami-Isteri

Shahiezy Sam Dan Syatilla Melvin SAH Bergelar Suami-Isteri. Dengan sekali lafaz, pasangan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sah bergelar suami isteri kira-kira pukul 9 malam pada Isnin.

Upacara pernikahan itu berlangsung di Bukit Jawi Golf Club Pulau Pinang dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak termasuk teman rapat dan rakan artis.


Ijab kabul itu disempurnakan oleh Pengarah Pusat Transformasi Insan, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, Datuk Prof Madya Ellias Zakaria berwakil walikan bapa pengantin perempuan iaitu Amirul Melvin Abdullah.

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 34, menyerahkan wang tunai berjumlah RM10,082 sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.


Dengan sekali lafaz, Sam sah bergelar suami kepada Syatilla Melvin. Foto Ihsan Instagram @TV9Malaysia

Terdahulu, Sam menarik perhatian hadirin apabila tampil berjalan memimpin tangan ibunya, aktres Khaty Fauziah sebelum mendakap wanita berkenaan untuk menari dan mencium pipi ibunya sebagai meminta tanda restu.

Khaty yang tidak dapat menahan sebak memeluk anaknya itu sambil menitiskan air mata.

Sam dan Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin, 25, sebelum itu mengikat tali pertunangan sehari sebelum mereka dinikahkan dalam sebuah majlis sederhana tetapi meriah.

Pasangan itu mula berkenalan sejak enam tahun lalu sebelum keluarga pelakon filem Polis Evo itu menghantar rombongan merisik Syatilla pada 13 Disember tahun lalu di Pulau Pinang.


Syatilla yang manis dengan baju dari rona putih ditemani ibunya, Rodiah Abd Rahman. Foto Ihsan Instagram @TV9Malaysia

Dalam pada itu, Syatilla turut menerima tujuh dulang hantaran daripada Sam manakala pihak pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran.

Perkahwinan Sam dan Syatilla menjadi sebutan sebagai 'wedding of the year' selepas mendapat jumlah tajaan berjumlah RM25 juta.

Sementara itu, pasangan itu bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi pada Selasa di lokasi sama manakala pihak lelaki akan mengadakan acara sama pada 14 Februari ini di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.

Selamat pengantin baru,  semoga Rumahtangga Sam Dan Pasangannya Syatilla Melvin yang baru dibina berkekalan  hingga ke Jannah.

RELATED POST

>  Atu Zero Telah Selamat Melangsungkan pernikahan dengan Shafeeqa
>  (Gambar) Majlis Pertunangan SAMTILLA berlangsung Meriah
>  Majlis Pre-Wedding Shahrol Shiro Jadi Tumpuan Peminat
>  Majlis Resepsi Akim-Stacy Gempak Dengan Tema The Blues !!
>  Akim Terjatuh Ketika Melihat Wajah Stacy Di Majlis Pernikahannya
>  Gambar Menarik Sekitar Majlis Perkahwinan Akim-Stac


Shahiezy Sam Dan Syatilla Melvin SAH Bergelar Suami-Isteri Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment