Thursday, March 10, 2016

Awie Bakal Dedahkan Siapa Yang Menjadi Pilihan Hatinya

Kemelut yang melanda rumahtangga Awie Wing bakal terungkai tidak lama lagi, isu yang menarik perhatian netizen ketika ini ialah siapa bakal menjadi pilihan hati Awie untuk disunting.

Penyanyi rock tanah air, Awie meluahkan rasa terharu apabila anaknya sudah bersetuju untuk membenarkan dirinya berkahwin lagi selain menerima perkara tersebut dengan hati yang terbuka.


"Insya-Allah, kalau ada jodoh dan rezeki, apabila masalah ini selesai saya akan berkahwin," demikian kata Vokalis Wings, Awie, yang akan mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan wanita pilihannya selepas kes mahkamah membabitkan dirinya dengan bekas isteri, Rozana Misbun, 38, selesai.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai wanita terbabit, sebaliknya akan memaklumkan kepada umum apabila tiba masanya nanti.


"Sebagai lelaki, saya ada naluri dan keinginan untuk berkahwin lagi demi anak-anak. Ketika ini, saya sedang berkawan dengan seseorang yang dirasakan layak untuk menjaga anak-anak saya.

Diusik adakah wanita yang dimaksudkan olehnya itu ialah Erra Fazira yang juga gandingannya dalam filem 'Warna Cinta Impian' (tayangan 31 Mac ini), Awie hanya mampu tersenyum dan ketawa.

"Mungkin... Masih dalam pemilihan kerana ramai calon dan saya perlu mencari yang sesuai untuk memikul tanggungjawab menjaga anak-anak saya," katanya berseloroh.

Mengambil iktibar daripada kes yang berlaku antara dirinya dengan Rozana, Awie menganggap perkara itu sudah pun selesai selepas mahkamah memutuskan beliau memohon maaf secara terbuka kepada Rozana dan membayar kompaun RM10,000.

Semoga Awie bakal bertemu jodoh dalam masa terdekat bagi merelisasikan impiannya untuk mendirikan rumahtangga.

LAGI ARTIKEL MENARIK

Kamal Adli Luah Perasaan Tentang Sikap Emma Maembong
Kisah Kehidupan Artis Porno Yang Sangat Jijik Dan Ngeri
Uqasha Senrose Hentam Pengikutnya Yang Biadap
Punca sebenar kekotoran telinga dan cara mengatasinya terjawab !!

Fara Fauzana Kini Sudah Berteman
Lihat Foto Keadaan Panggung Wayang Porno Yang Kotor Dan Jijik
Punca Sebenar Anak Fauzi Nawawi Menjuarai Mentor Milenia
Mengapa Ayat "cia cia cia" tiba-tiba jadi Trending Di Laman Sosial
Foto Pernikahan Iqram Dinzly Tersebar
Kisah Keluarga Melayu Dan Cina Di IKEA jadi Tumpuan Umum !!


Awie Bakal Dedahkan Siapa Yang Menjadi Pilihan Hatinya Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Husda Liana

0 comments:

Post a Comment