Monday, March 07, 2016

Fara Fauzana Kini Sudah Mempunyai Pasangan Hidup

Pengacara terkenal Fara Fauzana dikatakan sedang meniti hari-hari bahagia dan indah dek kerana sudah mempunyai calon pilihan bakal suaminya.

Lebih senang berdiam diri, kisah kehidupan peribadi pengacara dan penyampai radio terkenal, Fara Fauzana boleh dikatakan jarang sekali didedahkan di dada media.


Namun seiring dengan usia yang sudah memasuki angka 35, ramai peminat hiburan pastinya ingin tahu bilakah dia mahu mengakhiri zaman bujangnya.

Tanpa disangka menerusi siaran Melodi hari ini, Fara Fauzana akhirnya membuat pengakuan dia sudah pun mempunyai teman lelaki yang berjaya mengisi hatinya kini.

Bagaimanapun, Fara Fauzana atau mesra disapa FaFau lebih senang untuk tidak mendedahkan gerangan siapakah teman lelakinya itu.

FaFau juga berharap agar semua peminat dapat memahami dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Saya sangat private perkara sebegini walaupun dengan kawan sendiri.

“Saya wanita Melayu dan Islam, perlu jaga sedikit lebih. Saya juga lebih selesa untuk keep it to myself. Banyak hati yang saya perlu jaga.. family, bestfriend…

“Setiap orang impikan sesuatu yang baik. Saya harap anda doakan yang terbaik untuk saya dan juga orang di luar sana,” ujarnya.
Sama-sama kita panjatkan doa semoga  pengacara idaman Malaya ini dapat merealisasikan impian untuk bergelar Isteri secepat mungkin, juga mengharapkan agar  hubungan yang terjalin antara FaFau dan pilihan hatinya dapat disatukan segera dalam satu ikatan sah.

LAGI ARTIKEL MENARIK

> Lihat Foto Keadaan Panggung Wayang Porno Yang Kotor Dan Jijik
Punca Sebenar Anak Fauzi Nawawi Menjuarai Mentor Milenia
Mengapa Ayat "cia cia cia" tiba-tiba jadi Trending Di Laman Sosial
Foto Pernikahan Iqram Dinzly Tersebar
Kisah Keluarga Melayu Dan Cina Di IKEA jadi Tumpuan Umum !!
Lihat Gambar Terkini Penyanyi TEGAR benar-benar mengejutkan!!
Penampilan Terkini Waheeda Telah Mencuri Tumpuan
Kisah Hidup Syafie Naswip Yang Sangat Memilukan
Siti Saleha Dedah Siapa Bakal Jadi Pilihan Teman Hidupnya

Fara Fauzana Kini Sudah Mempunyai Pasangan Hidup Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Husda Liana

0 comments:

Post a Comment