Monday, March 07, 2016

Persoalan Maksud Ayat "Cia Cia Cia" Jadi Trending Di Media Sosial Terjawab !!

Petikan ayat cia cia cia tiba-tiba jadi popular di media sosial, namun ia bukan sahaja menjadi trending malah menjadi 'tanda soal' tentang apakah maksud sebenar perkataan tersebut

Tersenyum saya membaca status-status di Facebook terutama yang ditulis oleh orang berusia lewat 20-an ke atas. Mereka terpinga-pinga apakah itu cia cia cia yang sering ditulis di status atau komen di media sosial. Ada juga bertanya sama sendiri dan masih tidak tahu akan jawapannya.



Petikan dari media sosial

Pastinya tidak in jika tak tahu whats going on di dalam masyarakat muda kita hari ini. Jadi, dengan rasa ingin tahu yang tinggi, saya memerhati dan melihat trend ini. Dan sempat juga saya bertanya kepada mereka yang sering menulis cia cia cia itu.

Cia cia cia, chia chia chia atau shia shia shia biasanya ditulis selepas ayat yang mempunyai unsur memikat (aka pick up line) hati wanita.


Trend ini bermula selepas rancangan Sepahtu Reunion bersiaran di stesen televisyen hujung akhir tahun lepas.

Dan ia diakui oleh mereka yang mengamalkan perkataan tersebut. Mereka meminta saya menonton Sepah Reunion kerana disitu bersepah perkataan tersebut digunakan.
Inilah antara petikan dari rancangan Sepahtu Reunion:

    Asal usul trend ‘cia cia cia’
    Posted by Rancang Hidup Sejak Jatuh Cinta onSaturday, March 5, 2016

Nampaknya cia cia cia itu adalah gelak ketawa geng Sepahtu Reunion selepas mengayat ayat-ayat manis buat artis undangan mereka.





ARTIKEL MENARIK

> Foto Pernikahan Iqram Dinzly Tersebar
Kisah Keluarga Melayu Dan Cina Di IKEA jadi Tumpuan Umum !!
Lihat Gambar Terkini Penyanyi TEGAR benar-benar mengejutkan!!
Penampilan Terkini Waheeda Telah Mencuri Tumpuan
Kisah Hidup Syafie Naswip Yang Sangat Memilukan
Siti Saleha Dedah Siapa Bakal Jadi Pilihan Teman Hidupnya

Persoalan Maksud Ayat "Cia Cia Cia" Jadi Trending Di Media Sosial Terjawab !! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment