Monday, March 07, 2016

Sebab Sebenar Anak Lelaki Fauzi Nawawi Layak Menjuarai Mentor Milenia Terbongkar !!

Kemenangan Fareez menjuarai program Mentor Milenia menjadi kritikan peminat dek kerana dia merupakan anak kepada Pelakon Fauzi Nawawi.

Namun bila melihat kepada persembahannya di atas pentas tersebut memang terbukti bahawa Fareez layak untuk menggondol trofi tersebut kerana telah memberi persembahan luar biasa dipentas final walaupun bukan calon pilihan untuk bergelar juara.


Program realiti Mentor Milenia menyaksikan Fareez selaku protege kepada Hazama muncul juara pada persaingan akhir yang bersiaran secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini.

Fareez atau nama sebenarnya Muhammad Fareez Hazwan, 18, yang menjadi satu-satunya harapan mentornya, Hazama ke peringkat akhir mendapat tempat pertama dan membawa pulang wang sebanyak RM100,000 berserta trofi.

Manakala, Qody atau pemilik nama lengkap Rossaidi Abdul Rani,21, membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi menjadi kemuncak persaingan sengit selepas enam minggu berentap.

 Pemuda dari Kedah itu menepis protege Black yang juga rakan seperjuangannya, Wanie di tempat ketiga. MUHAMMAD Fareez Hazwan (kiri), Rossaidi Abdul Rani dan Wanie. Menjadi satu-satunya peserta wanita yang membolosi peringkat akhir, Wanie atau nama penuhnya, Nurul Syazwanie Mohd Basri,21, membawa pulang wang sebanyak RM20,000 berserta trofi.


 Pemarkahan pada peringkat akhir ditentukan menerusi 50 peratus juri profesional, 20 peratus juri awam manakala undian peminat menerusi laman sesawang mewakili 30 peratus.


Terdahulu, dua pesaing iaitu protege Akim dan Azlan & The Typewriter terhenti langkah pada persaingan separuh akhir, Ahad lalu.

Mentor Milenia yang dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh selaku penaja utama dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh menampilkan vokalis Search, Amy Search, komposer Ajai dan Azmeer selaku juri profesional jemputan.

ARTIKEL MENARIK

> Mengapa Ayat "cia cia cia" tiba-tiba jadi Trending Di Laman Sosial
Foto Pernikahan Iqram Dinzly Tersebar
Kisah Keluarga Melayu Dan Cina Di IKEA jadi Tumpuan Umum !!
Lihat Gambar Terkini Penyanyi TEGAR benar-benar mengejutkan!!
Penampilan Terkini Waheeda Telah Mencuri Tumpuan
Kisah Hidup Syafie Naswip Yang Sangat Memilukan
Siti Saleha Dedah Siapa Bakal Jadi Pilihan Teman Hidupnya


Sebab Sebenar Anak Lelaki Fauzi Nawawi Layak Menjuarai Mentor Milenia Terbongkar !! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Husda Liana

0 comments:

Post a Comment