Sunday, April 17, 2016

Seorang Ibu Terima Berita Kematian Anak Setelah 32 Tahun Tidak Bertemu

Hancur luluh hati seorang Ibu apabila terima Berita Kematian Anaknya Setelah 32 Tahun Tidak Bertemu. Persoalan seorang ibu mengenai punca anak lelakinya tidak menghubungi keluarga selepas melanjutkan pelajaran dan menetap di Amerika Syarikat (AS) 32 tahun lalu, kekal tidak berjawab selepas dimaklumkan mengenai kematian anaknya, Khamis lalu.

 Halimah Mohd Tahir, 80, berkata dia mendapat berita anak bongsunya, Abdul Hisham Abdul Hamid, 52, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di New Haven, Connecticut, AS, daripada rakan Allahyarham, semalam.


  "Saya tidak berjumpa atau berhubung dengan arwah sejak tahun 1984 selepas dia pergi menyambung pengajian dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Universiti Ohio.  

"Sampai sekarang kami tidak tahu mengapa dia tidak pulang bertemu keluarga atau menghubungi kami sejak sekian lama kerana tidak pernah berselisih faham dengannya. 

 "Sebagai ibu, saya tetap sedih dan terkilan tidak dapat menatap wajah dan mendengar suaranya buat kali terakhir," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bemban, Mambau, di sini, malam tadi.  

Katanya, dia dan arwah suami serta tiga anaknya yang lain pernah berusaha mencari arwah Abdul Hisham dengan pelbagai cara namun gagal.

 "Patutlah saya tiba-tiba teringat kepada arwah semalam (kelmarin) sehingga menangis kerinduan. Saya tatap gambarnya untuk melepaskan rindu.

"Walau apa pun berlaku, dia tetap anak saya dan amat berharap dapat melihat jenazahnya sebelum dikebumikan," katanya.

Sementara itu, kakak Abdul Hisham, Hamidah, 54, berkata dia dan ibu berharap dapat melihat arwah buat kali terakhir, sama ada jenazah dibawa pulang ke Malaysia atau mereka ke negara berkenaan sebelum dia dikebumikan.

"Saya berharap kerajaan atau pihak tertentu dapat membantu kami menguruskan proses itu," katanya.

ARTIKEL MENARIK

Gambar Kereta Mewah Safiq Rahim Jadi Viral Dilaman Sosial
Keajaiban berlaku bila Pengemis Ini Dihalau Ketika Di Restoran Mahal
Inilah Tanda-Tanda Malaikat Maut Memberitahu Ajal Kita Akan Tiba
Dr Zakir Naik Telah Dituduh Kafirkan Nina Grace Oleh Seorang Ustaz

Seorang Ibu Terima Berita Kematian Anak Setelah 32 Tahun Tidak Bertemu Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment