Tuesday, May 31, 2016

Abang Pukul Adik Hingga Mati Gara-Gara Kencing Dalam Seluar

Foto Hiasan

Abang Pukul Adik Hingga Mati Gara-Gara Kencing Dalam Seluar. Kisah sedih dan menyayat hati ini dikatakan bermula apabila seorang abang yang hilang sabar denga karenah adiknya sendiri.

Abangnya merupakan Seorang pengutip tin terpakai ditahan polis kerana dipercayai membunuh adiknya di sebuah rumah di Sikamat dekat sini, malam tadi.

Lelaki berusia 40 tahun itu ditangkap selepas membuat laporan polis mengenai kematian adiknya yang berusia 37 tahun di Balai Polis Jalan Cambell di sini, kira-kira jam 9.15 pagi ini.

Ketua Polis Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata lelaki itu mengaku menyebabkan adiknya tidak sedarkan diri akibat perselisihan faham, kira-kira jam 11 malam tadi.

Katanya, kejadian itu dipercayai bermula apabila adik lelaki itu yang mempunyai masalah mental dimarahi kerana buang air kecil dalam seluar. "Suspek juga marah kerana adiknya enggan mendengar arahannya supaya naik ke bilik di tingkat atas rumah dua tingkat itu.

Ini menyebabkannya menendang badan dan menumbuk kepala adiknya yang kemudian pergi tidur," katanya di sini, hari ini. Bagaimanapun pada pagi ini, Muhamad Zaki berkata, suspek mendapati adiknya tidak sedarkan diri dan membuat laporan polis.

Katanya, ketika kejadian hanya dua beradik itu berada di rumah kerana ahli keluarga lain berada di Johor. "Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Suspek akan direman esok bagi membantu siasatan," katanya.

Sumber: Berita harian

LAGI ARTIKEL MENARIK

Niat Untuk Baiki Tandas Tersumbat Namun Terjumpa Benda Yang Mengejutkan
Lihat Apa Berlaku Bila Askar Muda Jepun Ini Sering Dicaci Kerana Percaya Allah
10 Perompak Terima Padah Apabila Tersilap Merompak Bekas Komando
> Ini Alasan Pembunuh Eno Mengapa Dia Guna Cangkul
Didakwa Bunuh Diri Kerana Kekasih, BF Mangsa Tampil Dedah Perkara Sebenar
Mungkin Kerana Leka Dan Cuai Lelaki Disambar Petir
> Punca Sebenar Dilarang Cium Anak Sedang Tidur Terjawab
Gambar X-Ray Safiq Rahim Terlupa Cencored Jadi Viral
Permintaan Terakhir Eno Parihah Sebelum Meninggal Dunia
Mati Dalam Kemalangan Jalan Raya Ketika Buat Hubungan Intim
Imam Dedah Punca Sebenar Di Tengok Handphone ketika Solat



Abang Pukul Adik Hingga Mati Gara-Gara Kencing Dalam Seluar Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment