Sunday, June 05, 2016

Bapa Dan Anak Ditemui Tinggal Di Hutan Selama 40 Tahun


Seorang bapa dan anaknya ditemui tinggal di dalam hutan di Vietnam selama 40 tahun selepas mereka menghilangkan diri ketika perang negara itu dengan Amerika Syarikat.

Ho Van Thanh dan anaknya Ho Van Lang melarikan diri dari kampung mereka selepas serangan bom Amerika Syarikat membunuh tiga anggota keluarga mereka.

Hanoi: Seorang bapa dan anaknya ditemui tinggal di dalam hutan di Vietnam 40 tahun selepas mereka menghilangkan diri ketika perang negara itu dengan Amerika Syarikat.

Ho Van Thanh dan anaknya Ho Van Lang melarikan diri dari kampung mereka selepas serangan bom Amerika Syarikat membunuh tiga anggota keluarga mereka.


Mereka ditemui penduduk tempatan yang mencari kayu api jauh di dalam hutan di daerah Tay Tra di wilayah Quang Ngai.

Pihak berkuasa semalam mengesahkan lelaki itu ialah Ho Van Thanh, 82 dan anaknya, Ho Van Lang, 41.

Lelaki tua itu menjalani kehidupan normal bersama keluarganya di Tra Kem ketika Perang Vietnam.

Bagaimanapun, selepas letupan bom meragut nyawa isteri dan dua anak lelakinya yang lain, dia melarikan diri dengan membawa anaknya berusia dua tahun ke dalam hutan dan sejak itu tidak pernah berhubung dengan manusia lain.

Mereka hidup dengan memakan buah hutan serta menanam jagung dan membuat pakaian daripada kulit kayu serta tinggal di pondok yang dibina lima meter di atas pokok. – Agensi

LAGI ARTIKEL MENARIK

> Sudah Hidup Mengemis, Tapi Ahli Masjid Tak Layan
Inilah Cerita Sebenar Muhammad Ali Boleh Terbuka Hijab Peluk Islam
Punca Sebenar Kematian Lagenda Tinju Dunia Terbongkar
Penemuan Makhluk Aneh Yang Menggemparkan Indonesia
Bahaya Pokok Ini Jika Berada Di Halaman Rumah Anda
Surat Wasiat Yang Menggemparkan Pihak Hospital
Biodata Penuh Arwah Menantu TPM Yang Mengejutkan Banyak Pihak
Abang Pukul Adik Hingga Mati Gara-Gara Kencing Dalam Seluar
> (GAMBAR)Banduan Tebuk Dinding Konkrit Telah Mengejutkan Pegawai Penjara
Niat Untuk Baiki Tandas Tersumbat Namun Terjumpa Benda Yang Mengejutkan
Lihat Apa Berlaku Bila Askar Muda Jepun Ini Sering Dicaci Kerana Percaya Allah

Bapa Dan Anak Ditemui Tinggal Di Hutan Selama 40 Tahun Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment