Friday, June 10, 2016

Gadis Ini Sempat Tulis Surat Kepada Ibu Dan Kekasih Sebelum Dijumpai Mati Tergantung



Seorang remaja perempuan  berusia 18 tahun iaitu Haswati alias Has, ditemukan dalam keadaan mati tergantung dengan seutas tali dalam biliknya sekitar pukul 11:00 pagi, Rabu (1/6/2016) . Gadis malang ini yang tinggal di Desa Olang, Kabupaten Luwu ini, disyaki  maut kerana telah membunuh diri.

Mangsa yang baru saja menamatkan persekolahanya di SMK Analisis Kimia Palopo ini, Mangsa yang sudah tidak bernyawa lagi ditemui oleh jirannya.

Ketika  kejadian itu berlaku mangsa  hanya berdua sahaja dengan adiknya yang masih duduk di bangku SLTP bernama Aziz. Saat itu, ibu mangsa sedang pergi ke pasar, sedangkan ayahnya pergi memancing ke laut.

Has yang telah mendaftar sebagai calon mahasiswi STIKES Luwu Raya Palopo ini, disyaki sebelum menggantung diri  telah menuli dua buah surat, satu untuk ibunya dan satu untuk kekasihnya.

Surat itu dijumpai oleh pihak polis ketika melakukan TKP di bilik mangsa, seminit sebelum mangsa ditemukan maut dalam keadaan menggantung diri di biliknya.




Dari dua surat yang ditulisnya, Has berpesan agar pemergiannya ini tidak perlu disesali dan ditangisi, supaya dia boleh hidup tenang di alam sana.

Juga, Has meminta orang-orang yang disayanginya supaya tetap berbahagia, setelah dirinya telah tiada.

Ibu Has, setibanya di rumah setelah menerima berita bahawa anaknya telah mati menggantung diri dibiliknya. Dia tak menyangka putrinya yang bercita-cita jadi jururawat itu, nekad gantung diri.
“Padahal besok (Khamis), anakku akan ke Palopo untuk pergi menyelesaikani biaya pendaftarannya masuk ke STIKES Luwu Raya,” kata Ibu Has, terisak.

Gadis Ini Sempat Tulis Surat Kepada Ibu Dan Kekasih Sebelum Dijumpai Mati Tergantung Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment