Tuesday, December 06, 2016

Peminat Aeril Tawar Diri Untuk Jadi Madu Kejutkan Wawa Zainal

Peminat Aeril Tawar Diri Untuk Jadi Madu Kejutkan Wawa Zainal. Pelakon Wawa Zainal meminta penjelasan suaminya, aktor Aeril Zafrel selepas seorang peminat wanita menawarkan diri untuk menjadi madunya di laman sosial Instagram (IG).



Peminat wanita tersebut telah menyatakan hasratnya untuk menjadi isteri kedua Aeril pada ruangan komen di IG.

Sementara Aeril pula membalas komen tersebut dan meminta wanita itu memberitahu tentang hasratnya itu kepada Wawa.

Sungguhpun ia adalah sekadar gurauan di antara peminat dan pelakon, namun ada segelintir pengikut IG Aeril telah tersalah anggap dan mendakwa bapa kepada dua orang anak itu cuba menggatal.

Wawa kemudiannya memuatnaik sebuah video di IG miliknya dan meminta penjelasan Aeril mengenai perkara tersebut.

Menerusi video tersebut Wawa telah menulis kapsyen; “panas...panas..@aeril_zafrel menggatal??? betul ke ni? jom kita terjah!

Aeril yang sedang memandu, telah memberikan penjelasan kepada isterinya dan memberitahu dia hanya bergurau sambil melayan komen peminat.

"Saya bergurau sahaja. Saya memang suka melayan komen peminat, kalau tak layan dikata sombong pula.Tak sangka pula viral.
"Lagipun ketika saya membalas komen peminat itu Wawa ada di sebelah saya," katanya


   

 

Peminat Aeril Tawar Diri Untuk Jadi Madu Kejutkan Wawa Zainal Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Husda Liana

0 comments:

Post a Comment