Tuesday, January 24, 2017

Seorang Lelaki Merancang Untuk Mencuri Tapi Terkejut Dengan Apa Yang Dijumpainya



Seorang Lelaki Merancang Untuk Mencuri Tapi Terkejut Dengan Apa Yang Dilihatnya. Seorang budak lelaki miskin yang dikenali sebagai John Thuo, menjalankan rutin hariannya sebagai pengemis dengan menghabiskan hari-harinya di sekitar jalan Nairobi, Kenya untuk meminta wang, lapor En-Newsner.

Pada tanggapan umum, Thuo dianggap sebagai pemalas, pencuri dan pelbagai lagi tanggapan negatif lain, namun Thuo membuktikan bahawa dia bukan sepertimana yang disangka oleh masyarakat lain.

Ianya bermula dengan satu kejadian di mana seperti biasa, Thuo telah memulakan harinya dengan mendekati sebuah kereta untuk meminta wang, tetapi apabila dia melihat 'isi' dalam kereta itu, perasaan Thuo mula bertukar.

Mana tidaknya, Thuo melihat seorang pemandu kereta wanita yang berada dalam keadaan yang sungguh menyedihkan,bersama wanita itu terdapat satu tiub dan sebuah tangki oksigen.

Wanita yang dikenali sebagai Gladys Kamande, 32, menjelaskan kepada Thuo bahawa dia mengalami masalah paru-paru dan perlu membawa tangki oksigen bersamanya untuk meneruskan hidup.

Tersentak dengan bicara wanita itu, Thuo akhirnya menyerahkan kesemua wang yang diperolehnya pada hari itu kepada Kamande.

Namun, dengan deraian air mata, Kamande enggan mengambil wang itu, dan memegang tangan Thuo di tingkap kereta supaya dia mengambil semula wangnya itu.

Dan tanpa mereka sedari adegan mereka berdua ini dirakam oleh mereka yang lalu lalang di situ, selepas itu kejadian itu tersebar luas dalam media sosial melalui perkongsian gambar dan cerita mereka itu lantas menjadi buah mulut masyarakat setempat.

Sejak dari itu, kehidupan kedua-dua mereka berubah, bantuan datang tanpa disangka, hinggakan Kamande berjaya mendapat sumbangan untuk membolehkannya mendapatkan rawatan di India.

Sementara itu, Thuo pula memulakan kisah kehidupan baharu apabila dia dimasukkan ke Rumah kanak-kanak yang membolehkan Thuo menjalani kehidupannya sepertimana budak-budak seusianya yang lain.

Yang mana di antaranya Thuo mula mendapat pendidikan sepertimana yang selayaknya.

sumber: sinarharian


Seorang Lelaki Merancang Untuk Mencuri Tapi Terkejut Dengan Apa Yang Dijumpainya Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Husda Liana

0 comments:

Post a Comment