Saturday, February 18, 2017

Punca Sebenar Korea Utara Menyelar Tindakan Pihak Berkuasa Malaysia Terjawab

Punca Sebenar Korea Utara Menyelar Tindakan Pihak Berkuasa Malaysia Terjawab. Korea Utara akan menolak sebarang hasil bedah siasat ke atas mayat abang pemimpin negara itu, Kim Jong-nam, yang dilakukan di sini. "Pihak berkuasa Malaysia melakukan bedah siasat tanpa kebenaran dan kehadiran kami.

Kami akan menolak hasil bedah siasat yang dilakukan secara sebelah pihak yang mana kami tidak hadir," kata Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol kepada wartawan di luar Institut Perubatan Forensik Negara, di sini malam ini.


Ini adalah kenyataan rasmi pertama dikeluarkan oleh pihak Korea Utara sejak pembunuhan Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) Isnin lalu.

"Hari ini saya bertemu pegawai tinggi polis Malaysia dan meminta supaya segera serahkan mayat kepada kami, tetapi beliau menolak," kata duta itu dalam transkrip berbahasa Inggeris yang diedarkan kepada media oleh pegawai beliau. Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat dilaporkan berkata keluarga diberi keutamaan untuk menuntut mayat Jong-nam. - AFP

Sumber:BHonline


Punca Sebenar Korea Utara Menyelar Tindakan Pihak Berkuasa Malaysia Terjawab Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Husda Liana

0 comments:

Post a Comment