Sunday, April 16, 2017

TMJ Sedia Lepaskan Jawatan Jika Kehadirannya Jadi Punca Pengaruhi Perlawanan JDT

TMJ Sedia Lepaskan Jawatan Jika Kehadirannya Jadi Punca Pengaruhi Perlawanan JDT. Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia melepaskan jawatannya jika kehadirannya dalam FAM dilihat mempengaruhi keputusan perlawanan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Tindakan itu diambil selepas TMJ melihat kelompok penyokong yang sentiasa menimbulkan isu seolah-olah beliau cuba membantu JDT dengan kapasitinya selaku Presiden FAM menerusi beberapa keputusan perlawanan yang berpihak kepada skuad Harimau Selatan itu.


"Ingatlah bahawa JDT memenangi piala sebelum saya menjadi presiden. Kalau ada pihak yang membangkitkan isu berkenaan keputusan pengadil, pihak FAM akan menayangkan video dan penyokong boleh menilainya sendiri.

"Jikalau penyokong masih rasa kurang senang dengan saya sebagai Presiden FAM, anda boleh menyeru ahli gabungan masing-masing untuk mengadakan majlis kongres dan melantik presiden baru," katanya menerusi akaun rasmi Football Association of Malaysia (Official), hari ini.

Malah, Tunku Ismail turut mengakui beliau tidak berdepan masalah untuk menyerahkan keputusan kepada penyokong bagi memilih presiden baharu jika beliau dianggap sebagai individu yang tidak sesuai menerajui organisasi terbabit.

"Ia bukan satu masalah yang besar. Saya menjadi presiden untuk membantu pasukan kebangsaan, meningkatkan mutu liga tempatan, memastikan bola tidak digunakan untuk agenda politik dan memusnahkan rasuah dalam bola sepak.

"Bagaimanapun, jika penyokong bola sepak tanah air merasakan saya bukan individu yang sesuai sebagai presiden, anda boleh cari presiden baru. Tiada masalah," katanya.


TMJ Sedia Lepaskan Jawatan Jika Kehadirannya Jadi Punca Pengaruhi Perlawanan JDT Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Husda Liana

0 comments:

Post a Comment