Wednesday, September 12, 2018

Belajar Sehingga Keluar Peluh Darah



Selalu kita mendengar ayat 'menangis air mata darah' namun buat seorang kanak-kanak perempuan dari Vietnam, dia dikatakan mengeluarkan peluh darah ketika mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan.

Gadis berusia 11 tahun itu yang dirawat di Hospital Dermatologi Nasional Quy Hoa, pada mulanya didiagnosis menghidap masalah kulit. Bagaimanapun, menurut pengarah hospital terbabit,  doktor Vu Tuan Anh, gadis itu menghidap hematidrosis, sejenis kondisi yang menjejaskan satu dari 10 juta orang.

"Kondisinya dikenal pasti melalui darah yang meleleh dari kulit. Pendarahan disebabkan oleh pecahnya pembuluh darah yang sangat kecil pada kulit.

"Punca hematidrosis tidak diketahui, namun faktor terlibat termasuk peningkatan tekanan vaskular, keradangan pada kulit, gangguan pendarahan dan tekanan darah tinggi.

"Ketakutan dan tekanan emosi yang teruk juga boleh menyebabkan kondisi itu, dan gejala boleh berlaku secara spontan atau selepas tekanan emosi," kata Anh.

Dalam kes ini, mangsa mula mengeluarkan peluh darah tiga ke empat kali sehari ketika mengulang kaji untuk peperiksaan beberapa bulan lalu.

Dr Anh berkata, rawatan terbaik adalah menangani simptom dan mengurangkan tekanan sambil menambah hematidrosis tidak mengancam nyawa namun boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang.


Belajar Sehingga Keluar Peluh Darah Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Fatin Aneera

0 comments:

Post a Comment