Friday, September 07, 2018

Bertindak Atas Arahan Tuhan Calon Presiden Di Tikam



RIO DE JANEIRO: Calon utama presiden sayap kanan Brazil, Jair Bolsonaro ditikam dan cedera parah ketika berkempen semalam, dengan polis mengatakan, suspek mendakwa bertindak atas arahan Tuhan.

Ia adalah insiden luar biasa terbaharu dalam perlumbaan presiden di mana calon paling popular, bekas presiden dan pemimpin sayap kiri, Luiz Inacio Lula da Silva, cuba bertanding dari balik tirai besi.

Mahkamah Agung bagaimanapun membatalkan pencalonan Lula semalam. Undia pusingan pertama dijadualkan 7 Oktober ini.

Bolsonaro, 63, menjalani pembedahan untuk pelbagai kecederaan di perut dan diisytiharkan stabil selepas serangan ketika berjalan di sekitar bandar tenggara Juiz de Fora.

Imej dikongsi di media sosial dan televisyen Brazil menunjukkan Bolsonaro didokong di atas bahu segerombolan penyokong sebelum seorang lelaki menikam perutnya.

Seorang saksi memberitahu polis, penyerang memegang sebilah pisau dibalut dalam baju dan menyerang Bolsonaro ketika kumpulan itu menjulangnya ketika berjalan kaki.

Penyerang dijenali Adelio Bispo de Oliveira, 40, ditahan serta merta, dikatakan anggota parti haluan kiri PSOL antara 2007 hingga 2014.

Pihak berkuasa sedang menyiasat keadaan kesihatan mental suspek.

Bolsonaro, bekas anggota tentera dan pembuat dasar, sebelum ini dikritik kerana kelantangannya yang dianggap bersifat perkauman, membenci wanita dan membenci homoseksual. -AFP

Bertindak Atas Arahan Tuhan Calon Presiden Di Tikam Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Husda Liana

0 comments:

Post a Comment