Monday, September 10, 2018

Dua Maut bertembung Lori

 Dua lelaki maut apabila van dinaiki bertembung dengan lori di Jalan Kampung Binjai, Bunut Susu di sini, petang tadi.

Nahas ketika hujan lebat jam 4.30 petang itu meragut nyawa Adnan Pa Adek, 41, dan Abdullah Dolah, 34.

Mereka tersepit dalam van Nissan Vannete yang remuk dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah, berkata kemalangan itu turut membabitkan dua lagi kenderaan tetapi semua pemandu dan penumpang terselamat.

Katanya, siasatan awal mendapati lori yang hilang kawalan terbabas ke laluan bersebelahan, lalu bertembung dengan van.

“Impak perlanggaran itu, bahagian depan van remuk yang menyebabkan pemandu dan penumpangnya tersepit dan meninggal dunia di lokasi,” katanya ketika dihubungi.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Lati untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dua Maut bertembung Lori Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Fatin Aneera

0 comments:

Post a Comment