Monday, September 10, 2018

Harga Minyak Yinggi Cetus Protes di India


Bantahan meletus di seluruh India terhadap harga petrol dan diesel yang tinggi menyebabkan banyak premis perniagaan, pejabat kerajaan dan sekolah ditutup semalam.
Di tempat tertentu, penunjuk perasaan melakukan hadangan di landasan kereta api, mengadakan sekatan jalan dan menggeledah kenderaan.
Menjelang pilihan raya umum kurang sembilan bulan lagi manakala pilihan raya negeri bakal berlangsung lewat tahun ini, parti pembangkang bekerjasama untuk menganjurkan protes dalam kempen bersama menentang kerajaan nasionalis Hindu pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi.
Malah, di beberapa negeri tertentu, protes yang berlangsung bertukar menjadi ganas, menurut laporan.
Televisyen menyiarkan penunjuk perasaan memecahkan tingkap kereta dan bas di Patna, ibu negeri Bihar manakala di negeri kampung halaman Modi, Gujerat dan beberapa tempat lain, peserta protes menghadang jalan raya dengan tayar yang dibakar.
Cukai ke atas petrol dan diesel yang meliputi lebih satu pertiga harga bahan api runcit adalah antara sumber pendapatan terbesar kerajaan dan juga salah satu isu sensitif kepada pengundi.
Kerajaan lalu biasanya menurunkan cukai itu meskipun harga minyak antarabangsa melonjak tetapi ini tidak dilakukan pentadbiran Modi.
“Kerajaan Modi mencuri daripada rakyat India dengan mengenakan cukai keterlaluan ke atas bahan api. Ia bukan hanya bahan api tetapi juga barangan keperluan harian,” dakwa Parti Kongres di Twitter.
Parti pembangkang utama itu turut menunjukkan grafik berapa banyak harga komoditi yang meningkat di bawah pemerintahan Modi. - Reuters

Harga Minyak Yinggi Cetus Protes di India Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Fatin Aneera

0 comments:

Post a Comment