Tuesday, September 11, 2018

Mayat Rahimi Ditemui





Mayat seorang lagi remaja yang hilang di pantai Batu Layar dekat Bandar Penawar di sini, ditemui jam 2.20 petang tadi.

Mayat Nor Rahimi Fithri Ismail, 19, ditemui kira-kira satu kilometer dari Pos Hadapan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) iaitu kira-kira 500 meter dari mayat rakan baiknya, Mohammad Nor Hakimi Rejab, 18, ditemui pada jam 5.50 pagi tadi.

Mayat Nor Rahimi Fithri yang berbaju merah ditemui terapung di tengah laut oleh pasukan penyelamat bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang membuat rondaan sekitar jam 2 petang.

Mayat remaja itu dicam ahli keluarga sebelum dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) di sini untuk bedah siasat.

Mayat Rahimi Ditemui Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Fatin Aneera

0 comments:

Post a Comment