Friday, September 07, 2018

Pemuzik Busker bertempur dengan pihak polis



Gempar apabila Pemuzik Busker bertempur dengan pihak polis, Kekecohan ini berlaku di Perhimpunan aman Majlis Pengebumian Institusi Peguam Negara di hadapan Kompleks Sogo anjuran Pemantau Malaysia Baharu (PMB) bertukar kecoh selepas cubaan mereka berarak ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi dihalang oleh polis.

Kekecohan mula berlaku apabila Pengerusi PMB, Datuk Lokman Noor Adam tidak berpuas hati dengan kumpulan pemuzik busker yang membuat persembahan di sebelah tempat mereka berkumpul.

Dakwa Lokman, pembesar suara yang digunakan kumpulan itu sengaja dikuatkan bagi menghalang ucapan pihaknya.

Lokman kemudian meminta anggota polis yang turut berada di kawasan itu mengarahkan persembahan itu dihentikan atau mereka akan mula berarak.

Cubaan kumpulan seramai kira-kira 50 orang itu kemudian dihalang oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah.

Halangan itu kemudian mencetuskan kekecohan sehingga Unit Tempur Ringan (LSF) terpaksa dikerah ke lokasi berkenaan.

Keadaan kembali tenang selepas pihak polis mengawal kumpulan itu dan meminta supaya perhimpunan itu dihabiskan dengan segera.

LAGI ARTIKEL MENARIK :

Bertindak Atas Arahan Tuhan Calon Presiden Di Tikam

Pemuzik Busker bertempur dengan pihak polis Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Fatin Aneera

0 comments:

Post a Comment