Monday, September 10, 2018

Penjenayah Ditembak Mati oleh Polis


Seorang lelaki dipercayai pembunuh upahan ditembak sehingga mati  dalam kejadian berbalas tembakan di Felda Neram 1, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi tadi di kawasan pembinaan projek perumahan.

Beliau berkata, sebelum kejadian seorang anggota polis melakukan rondaan keselamatan di kawasan terbabit sebelum ternampak suspek dalam keadaan mencurigakan.

“Suspek dalam lingkungan 30-an dikatakan terkejut dengan kehadiran polis dan bertindak melepaskan beberapa das tembakan.

“Tembakan suspek itu menyebabkan anggota polis bertindak balas dan berjaya menembak mati suspek selepas tembakan mengenai kepala dan dada kanan suspek,” katanya.

Beliau berkata, siasatan polis menemui sepucuk pistol semi automatik yang di dalamnya masih ada sebutir peluru.

“Suspek dipercayai terbabit dengan beberapa kes jenayah termasuk pembunuhan di sekitar Terengganu, Kelantan dan Pahang.

“Suspek berusia lewat 30-an dipercayai dikehendaki polis dan siasatan lanjut akan dijalankan,” katanya.

Mohd Said berkata, mayat suspek kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Penjenayah Ditembak Mati oleh Polis Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Fatin Aneera

0 comments:

Post a Comment