Monday, September 10, 2018

Warga Emas Mati Lemas




Percutian sebuah keluarga berakhir tragedi selepas seorang warga emas lemas apabila bot kecil dinaiki untuk mandi di Air Terjun Lasir, Tasik Kenyir, terbalik.

Sebelum kejadian kira-kira jam 10 pagi tadi, mangsa, Ali Ahmad, 68, yang juga pesara Jabatan Pertanian dan berasal dari Jalan Mutiara Rini, Skudai, Johor, menaiki rumah bot bersama isteri dan ahli keluarganya.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata sebaik sampai di Sungai Lasir, mangsa menaiki sebuah bot kecil untuk bersiar-siar sebelum bot berkenaan menuju ke Air Terjun Lasir.

“Isteri mangsa memaklumkan selepas meninggalkan rumah bot itu pada jarak lebih 30 meter, tiba-tiba bot dinaiki suaminya terbalik menyebabkan semua penumpang terjatuh ke dalam air,” katanya ketika dihubungi hari ini

Mohd Adli berkata, tujuh penumpang termasuk enam kanak-kanak dan pemandu bot sempat diselamatkan petugas rumah bot yang berada di kawasan berdekatan.

Bagaimanapun katanya, mangsa gagal ditemui dan dipercayai lemas sebelum kerja mencari mangsa giat dijalankan oleh pekerja dan pemilik rumah bot.

Katanya, mayat mangsa kemudian ditemui oleh petugas rumah bot itu tidak jauh daripada lokasi dia terjatuh.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Sungai Chemor sebelum dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

“Siasatan awal mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut,” katanya.

Warga Emas Mati Lemas Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Fatin Aneera

0 comments:

Post a Comment